Mukaddimah...

PBB N65 Senadin selama ini telah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan politik dan perpaduan masyarakat khususnya dalam kawasan DUN N65 Senadin dan Bahagian Miri amnya. Kita mempunyai visi untuk terus memperkasakan PBB Senadin dan meletakkan martabatnya di tingkat dan peringkat yang lebih tinggi. Kita yakin dan percaya bahawa segala cabaran untuk mencapai visi yang tersebut di atas dapat kita reliasasikan menerusi komitmen dan kesungguhan semua lapisan Ahli Jawatankuasa Badan Induk, Pergerakan Wanita dan Pemuda dari semua peringkat Cawangan dan Ranting PBB N65 Senadin. Kr. Julaihi Haji Mohamad, Ketua Cawangan PBB N65 Senadin
9:37 AM

Gerak Gempur Pilihanraya DUN 2011

Seramai 300 orang peserta telah hadir pada majlis Program Gerak Gempur Pilihanraya DUN 2011 anjuran PBB N65 Senadin. Mereka yang hadir adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Ranting di peringkat bapa, pergerakan wanita dan pergerakan pemuda. Majis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan negeri Sarawak bagi Kawasan N65 Senadin. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Sebastian Ting, Setiausaha Politik kepada Y.B. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,




Comments (0)