Sunday, August 30, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ketua Cawangan PBB Cawangan N65 Senadin dan Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan N65 Senadin mengucapkan selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara yang kita cintai ini. Renungkanlah pengorbanan mereka yang telah memperjuangkan kemerdekaan dengan keringat, darah, harta benda dan nyawa demi MARUAH dan KEDAULATAN negara MALAYSIA...

Pemuda Anjur Majlis Berbuka Puasa

30 September 2009: Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Restoran Cafenika Miri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Cawangan PBB N65 Senadin, Kr Julaihi Haji Mohamad, Mohd Chee Kadir, Ajis Sepin, Nila binti Simat, ahli jawatankuasa PBB pemuda, wanita dan Induk.


Wednesday, August 12, 2009

Majlis Muzakarah Tudan Selatan

02 Ogos 2009: Ketua Cawangan PBB Cawangan Senadin N65, Kr Julaihi Mohamad turut hadir bersama-sama tetamu jemputan dalam satu Majlis Muzakarah dan penjelasan Isu-Isu Semasa yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Sarawak, Bahagian Miri bertempat di Kampung Tudan Fasa 4, Tudan Selatan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin.