Saturday, July 25, 2009

Kunjungan Hormat PBB Senadin

25 Julai 2009: Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan N65 Senadin yang diketuai oleh Kr Julaihi Haji Mohamad telah melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan YB Datuk Lee Kim Shin, ADUN N65 Senadin di Pejabat SUPP Miri. Dalam majlis yang berlangsung selama 30 minit tersebut, YB Datuk Lee Kim Shin melahirkan rasa gembira kerana PBB Cawangan Senadin telah banyak memainkan peranan penting dalam pembangunan kawasan-kawasan di Senadin. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli baru dan berharap kerjasama yang erat dapat membantu mempertingkatkan komitmen penduduk di dalam cawangan Senadin.

Sunday, July 19, 2009

Mesyuarat Perwakilan PBB N65 Senadin

19 Julai 2009: Kr Julaihi Mohamad dipilih sebagai KETUA CAWANGAN PBB Cawangan N65 Senadin



Majlis Perasmian TGM Piasau & Senadin

19 Julai 2009: YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali, PBB Cawangan N63 Piasau dan N65 Senadin bertempat di Hotel Imperial Miri.
MIRI: Kekuatan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai parti tonggak negeri ini akan lemah dan goyah sekiranya sikap cantas-mencantas dan mementingkan diri sendiri menguasai ahli-ahli parti.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mahu semua ahli berpegang kepada disiplin dan semangat perjuangan parti untuk membangunkan rakyat dan negeri yang merupakan asas kekuatan parti PBB selama ini.

“Jangan kita cantas-mencantas memburukkan peribadi orang lain hanya untuk kedudukan kerana ini akhirnya akan menyebabkan perpecahan parti. Jika parti lemah, kita rugi.

“Sebagai ahli yang taat setia kepada perjuangan parti, kepentingan parti lebih tinggi daripada kepentingan peribadi,” tegas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) N.63 Piasau dan N.65 Senadin di Hotel Imperial di sini, petang semalam... (selanjutnya http://www.mysarawak.org/2009/07/20/ahli-pbb-dinasihat-jangan-cantas-mencantas.html)

Monday, July 13, 2009

TGM Wanita & Pemuda N65 Senadin

12 Julai 2009: Nila bt Simat dan Mohammad Tinggal Abdul Hamid masing-masing telah dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N65 Senadin tempoh 2009-2012.

Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TGM) Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB Cawangan N65 Senadin telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan PBB N65 Senadin, Tuan Haji Abdillah Haji Abdul Rahim. Antara yang hadir pada hari tersebut ialah Kr. Mohd Chee Kadir (setiausha), Kr Julaihi Mohamad (Timbalan Ketua Cawangan) dan lain-lain perwakilan wanita dan pemuda.