Sunday, September 27, 2009

Ramah-Tamah Aidilfitri Riam Batu 2 1/2

27 September 2009: PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 telah mengadakan majlis ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Lopeng Tengah.

Saturday, September 26, 2009

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri

26 September 2009: PBB Cawangan N65 Senadin turut serta dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2009 / 1430H anjuran Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Persatuan Melanau, Persatuan Jatti Miriek, PERKIM, Persatuan Saudara Kita dan Gabungan Parti PBB (Piasau, Pujut, Senadin, Bekenu dan Lambir). Majlis ini telah dihadiri oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah.Ketua Cawangan (Kr Julaihi Hj Mohamad), Timbalan Datuk Bandaraya Miri merangkap Setiausaha PBB Cawangan N65 Senadin (Kr Mohd Chee Kadir) dan Naib Ketua (Ajis Sepin) adalah antara tetamu pada hari tersebut.

YB Datuk Lee Kim Shin (ADUN N65 Senadin) melawat gerai PBB Senadin.

Suasana di gerai PBB Senadin. Sibuk juga ahli-ahli wanita PBB Senadin nampaknya...

Tuesday, September 22, 2009

Kunjungan Hari Raya YB Datuk Lee Kim Shin

YB Datuk Lee Kim Shin, ADUN N65 bergambar beramai-ramai dengan Puan Nila Simat sewaktu beliau mengadakan kunjungan Hari Raya ke rumah Ketua Wanita N65 Senadin baru-baru ini.

Sunday, September 20, 2009

Ketua Cawangan dan Ahli Jawatankuasa
PBB Cawangan N65 Senadin
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009
Maaf Zahir dan Batin

Friday, September 18, 2009

Pertandingan Ujian Hafazan Surah Lazim

Pertandingan Ujian Hafazan Surah Lazim Peringkat Kanak-Kanak
YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen P218 Sibuti, menyampaikan hadiah kepada pemenang Majlis Ujian Hafazan Surah Lazim Peringkat kanak-kanak, di Ranting PBB Kampung Pengkalan Lutong ( dari Kiri:- Pemanca Abang Mohamad Datuk Seri Abang Othman, Ybhg Kr. Mohd Chee Bin Kadir, Timbalan Datuk Bandaraya Miri, YB Tuan Haji Ahmad Lai, Kr.Julaihi Bin Mohamad, Ketua PBB N65 Senadin, Kr Mohamad Sardon Bin Zainal, Ketua PBB N63 Piasau dan Penghulu Haji Ahmad Bin Haji Raman. (rujuk: http://rantingpbbsenadin.blogspot.com/2009/09/ranting-pbb-pengkalan-lutong.html)

Thursday, September 17, 2009

Gotong-Royong

Gotong-Royong & Memperbaiki Jambatan

PBB Ranting Kampung Pengkalan Lutong di ketuai Saudara Suhaili Bin Abidin mengadakan Gotong Royong membersih tanah Pekuboran Orang Islam Sungai Merapak & memperbaiki jambatan menghubungi ke tanah pekuboran yang telah usang, turut hadir Kr. Julaihi Bin Mohamad, Ketua PBB N65 Senadin. (rujuk: http://rantingpbbsenadin.blogspot.com/2009/09/pbb-ranting-pengkalan-lutong.html)

Monday, September 7, 2009

Forum PBB Senadin 2009 (Foto)

6 September 2009: Forum "Mengenali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu"

Majlis ini bermula jam 8.30 pagi yang telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan N65 Senadin, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua-Ketua Ranting dan ahli jawatankuasa masing-masing. Program ini antara lain memberi penerangan berkenaan dengan dasar perjuangan PBB, cabaran-cabaran, VISI dan MISI PBB Cawangan Senadin serta memberi penekanan kepada perlaksanaan di peringkat ranting.





Sunday, September 6, 2009

Majlis Pelancaran Blog PBB Senadin

6 September 2009: Pustaka Miri - PBB Cawangan N65 Senadin melakarkan sejarahnya sendiri apabila blog PBB Cawangan Senadin dilancarkan secara rasmi oleh YB Tuan Haji Bolhassan Haji Di, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Teknologi Maklumat), Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak yang mewakili YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, dan Menteri Kemudahan Awam Negeri Sarawak merangkap Naib Yang Di Pertua Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak baru-baru ini.

Dalam ucapan perasmian, YB Tuan Haji Bolhassan Haji Di, menyatakan bahawa kerajaan negeri Sarawak dalam proses mempertingkatkan kemudahan "broadband" sesuai dengan kehendak masa kini terutama untuk menarik pelabur dari luar negara. Selain daripada itu, blog dan laman web boleh dijadikan sebagai media info yang menerangkan dasar-dasar kerajaan secara berkesan. Di Barat perkara ini bukan lagi asing di kalangan pemimpin-pemimpin mereka kerana melalui blog dan laman web mereka mengetahui perasaan, pandangan dan kehendak rakyat.

Sebelum majlis perasmian, majlis ini dimulai dengan forum yang ahli panelnya adalah terdiri daripada Kr Julaihi Hj Mohamad (Ketua Cawangan) Encik Abdul Samad Mohd Ali (Timbalan Ketua) Kr Mohd Chee Kadir (Setiausaha) dan Encik Jamil Bin Bujang (Penolong Setiausaha).