Monday, October 26, 2009

Peluang Kursus / Menjana Ekonomi

KURSUS ASAS MEMBUAT PAKAIAN WANITA

Pusat Latihan Pembangunan Belia, Kuching. Jabatan Ketua Menteri (Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti) mempelawa kaum WANITA rakyat Malaysia yang bermastautin di Sarawak untuk mengikuti KURSUS ASAS MEMBUAT PAKAIAN WANITA bagi pengambilan peserta kelas jahitan PLPB sesi 1/2010 yang akan diadakan di tempat-tempat berikut (sila Klik pada iklan untuk keterangan lanjut). Di Miri kursus tersebut akan diadakan di:

PUSAT PEMBANGUNAN SOSIAL & URBANISASI MIRI
Jalan Datuk Abang Indeh, 98000 Miri.
Tel: 085-419624, Faks: 085-431259


Ahli-Ahli Wanita PBB adalah digalakkan untuk merebut peluang ini bagi meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan.


Latihan Bermula: 6 Januari 2010
Tempoh Latihan: 6 bulan
Bayaran : PERCUMA
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2009

No comments: