Sunday, September 6, 2009

Majlis Pelancaran Blog PBB Senadin

6 September 2009: Pustaka Miri - PBB Cawangan N65 Senadin melakarkan sejarahnya sendiri apabila blog PBB Cawangan Senadin dilancarkan secara rasmi oleh YB Tuan Haji Bolhassan Haji Di, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Teknologi Maklumat), Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak yang mewakili YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, dan Menteri Kemudahan Awam Negeri Sarawak merangkap Naib Yang Di Pertua Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak baru-baru ini.

Dalam ucapan perasmian, YB Tuan Haji Bolhassan Haji Di, menyatakan bahawa kerajaan negeri Sarawak dalam proses mempertingkatkan kemudahan "broadband" sesuai dengan kehendak masa kini terutama untuk menarik pelabur dari luar negara. Selain daripada itu, blog dan laman web boleh dijadikan sebagai media info yang menerangkan dasar-dasar kerajaan secara berkesan. Di Barat perkara ini bukan lagi asing di kalangan pemimpin-pemimpin mereka kerana melalui blog dan laman web mereka mengetahui perasaan, pandangan dan kehendak rakyat.

Sebelum majlis perasmian, majlis ini dimulai dengan forum yang ahli panelnya adalah terdiri daripada Kr Julaihi Hj Mohamad (Ketua Cawangan) Encik Abdul Samad Mohd Ali (Timbalan Ketua) Kr Mohd Chee Kadir (Setiausaha) dan Encik Jamil Bin Bujang (Penolong Setiausaha).

1 comment:

Anonymous said...

tahniah