26 September 2009: PBB Cawangan N65 Senadin turut serta dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2009 / 1430H anjuran Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Persatuan Melanau, Persatuan Jatti Miriek, PERKIM, Persatuan Saudara Kita dan Gabungan Parti PBB (Piasau, Pujut, Senadin, Bekenu dan Lambir). Majlis ini telah dihadiri oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah.
Ketua Cawangan (Kr Julaihi Hj Mohamad), Timbalan Datuk Bandaraya Miri merangkap Setiausaha PBB Cawangan N65 Senadin (Kr Mohd Chee Kadir) dan Naib Ketua (Ajis Sepin) adalah antara tetamu pada hari tersebut.
YB Datuk Lee Kim Shin (ADUN N65 Senadin) melawat gerai PBB Senadin.
Suasana di gerai PBB Senadin. Sibuk juga ahli-ahli wanita PBB Senadin nampaknya...
No comments:
Post a Comment