Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H

Ketua Cawangan
dan
Ahli Jawatankuasa PBB
Cawangan N65 Senadin
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Adha
10 Zulhijjah 1430H / 27 November 2009
kepada semua ahli yang beragama Islam di peringkat ranting,
rakan-rakan di PBB Cawangan Piasau, Pujut, Lambir, Niah
dan umat Islam di Miri dan di mana saja mereka berada.

Friday, November 20, 2009

Blogs & Laman Web PBB & BN

BN political blogs who you may can look into:

Pergerakan Pemuda PBB N46 Dudong
http://pemudapbb46.blogspot.com/

Blogs YB Haji Fadillah Hj Yusof
http://www.p194.org/

SPDP BlogYB Dato' Seri Tiong King Sing
http://www.p216bintulu.com/
http://p216bintulu.com/indexb5.html

BN Supporter Blog
http://wiramalaysia.blogspot.com/ - Wira Malaysia
http://cetusankenyalang.blogspot.com/ - Wira Kenyalang

Monday, November 9, 2009

Taib rombak Kabinet Sarawak

Kuching
9 November 2009


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang semalam mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan enam muka baru dan pengguguran tiga muka lama, selain perubahan portfolio empat menteri kanan termasuk dua Timbalan Ketua Menteri. Rombakan Kabinet itu disifatkan Taib sebagai persiapan ke arah pendekatan baru dalam pentadbiran kerajaan negeri dan selari dengan dasar baru Kerajaan Persekutuan, sekali gus sebagai persiapan memantapkan pentadbiran menjelang pilihan raya umum akan datang dan menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Enam muka baru yang kesemuanya dilantik sebagai Menteri Muda ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak, Datuk Haji Talib Zulpilip; Abdul Wahab Aziz (Kelaka) dan Dr Stephen Rundi Utom (Kemena) masing-masing dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - PBB); Adun Tasik Biru, Datuk Peter Nansian Ngusie (Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP); serta dua dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Mong Dagang (Begunan) dan John Sikie Tayai (Kakus).

Beliau yang mengadakan sidang media mengenai rombakan Kabinet berkenaan di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, turut mengumumkan bahawa barisan baru berkenaan akan berkuat kuasa pada 1 Disember ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan pula bertukar portfolio daripada Menteri Permodenan Pertanian kepada Menteri Pelancongan, namun beliau mengekalkan portfolio sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang bertukar portfolio daripada Menteri Pembangunan Infrastruktur kepada Menteri Permodenan Pertanian, namun mengekalkan portfolio sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Datuk Amar Abang Johari akan memikul tanggungjawab lebih besar dengan Kementerian Perumahan yang diwakilinya diubah kepada Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, yang mana beliau diberi tanggungjawab untuk menjadikan Bandaraya Kuching sebagai model bandar raya paling pesat membangun di negara ini. (Berita dipetik daripada Laman Rasmi Ketua Menteri Sarawak http://www.cm.sarawak.gov.my/cm/cmweb.nsf/All/BDD6C266B9989D1E4825766900029861?OpenDocument&frecent)

Lain-lain berita yang berkaitan:
mStar Online - Kabinet Baru Sarawak Tidak Berubah (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/5/26/TERKINI/Mutakhir/Kabinet_baru_Sarawak_tidak_berubah&sec=mstar_berita)
Borneo Post Online - Taib to announce state cabinet reshuffle today (http://www.theborneopost.com/?p=61538)

Sunday, November 8, 2009

Peluang Latihan Kemahiran

1. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan. Tawaran mengikuti program LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) Tahap 1 Pengambilan Ke 11. KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, merupakan pusat bertauliah tunggal yang melaksanakan Program Latihan Kemahiran di peringkat DIPLOMA dalam bidang Tanaman, Ternakan, Akuakultur, Pemprosesan Makanan dan Pmasaran Hasil Pertanian. Sebagai persediaan, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) menawarkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) Tahap I, 2 dan 3 bermula pada akhir Disember 2009.

Borang permohonan (sila hubungi di talian 03-8870 1672 / 019-650 1801 (Encik Faizal) atau 03-8870 1826 (Cik Mona) atau dengan mengisi borang permohonan yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Tarikh Tutup Permohonan: 24 NOvember 2009

2. Pengambilan Program Latihan Kemasukan Sepenuh Masa Tahun 2010, GIATMARA. Borang permohonan boleh dimuat turun dari http://www.giatmara.edu.my/index.php?option=com_content&task=blogcategory&id=82&Itemid=305 atau menghubungi GIATMARA SARAWAK, No 15C, Tingkat 2, Kompleks MARA, Satok Parade, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak. Tel: 082-237958, 082-237957. Faks: 082-237953. E-mail: gmsarawak@giatmara.edu.my.

Saturday, November 7, 2009

Skim Pinjaman pelajaran Yayasan Sarawak


Borang-borang permohonan boleh dimuat turun terus daripada Portal Yayasan Sarawak di Alamat
http://www.yayasansarawak.org.my/index.php?do=muat_turun.