Monday, October 26, 2009

Peluang Kursus / Menjana Ekonomi

KURSUS ASAS MEMBUAT PAKAIAN WANITA

Pusat Latihan Pembangunan Belia, Kuching. Jabatan Ketua Menteri (Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti) mempelawa kaum WANITA rakyat Malaysia yang bermastautin di Sarawak untuk mengikuti KURSUS ASAS MEMBUAT PAKAIAN WANITA bagi pengambilan peserta kelas jahitan PLPB sesi 1/2010 yang akan diadakan di tempat-tempat berikut (sila Klik pada iklan untuk keterangan lanjut). Di Miri kursus tersebut akan diadakan di:

PUSAT PEMBANGUNAN SOSIAL & URBANISASI MIRI
Jalan Datuk Abang Indeh, 98000 Miri.
Tel: 085-419624, Faks: 085-431259


Ahli-Ahli Wanita PBB adalah digalakkan untuk merebut peluang ini bagi meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan.


Latihan Bermula: 6 Januari 2010
Tempoh Latihan: 6 bulan
Bayaran : PERCUMA
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2009

Wednesday, October 21, 2009

Blogs PBB Ranting Riam Batu 2 1/2

Tahniah kepada PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 kerana telah menerbitkan Blogs PBB RANTING RIAM BATU 2 1/2. Blogs ini memaparkan aktiviti dan kegiatan ahli-ahli PBB di peringkat Ranting Riam Batu 2 1/2. Blog ini boleh di layari di alamat: http://pbbrantingriam.blogspot.com/

Sunday, October 18, 2009

Ramah Tamah Aidil Fitri 1430H PBB Senadin

18 Oktober 2009: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB N65 Senadin. Majlis ini adalah merupakan anjuran bersama Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda PBB Senadin bertempat di Pejabat PBB Cawangan N65 Senadin. Dalam majlis tersebut Kr Julaihi Hj Mohamad mengingatkan ahli-ahli PBB Senadin di semua ranting dan induk supaya bekerjasama serta meningkatkan usaha untuk memertabatkan dan memperkuatkan PBB N65 Senadin sesuai dengan visi dan misinya. Galeri foto.. http://senadin.fotopages.com/?entry=1941048&back=http://senadin.fotopages.com/?page=0


Perlantikan Penolong Pendaftar Pemilih - SPR

18 Oktober 2009: Seramai 10 orang ahli PBB N65 Senadin telah dilanjutkan sebagai Penolong Pendaftar Pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tempoh 2 tahun. Mereka adalah terdiri daripada Ajis @ Abdul Aziz bin Sepin (Kordinator Penolong, Pendaftar Pemilih bagi PBB), Nila binti Simat, Tarsiah binti Jusli, Marwar binti Simat, Matar binti Adat, Rasina binti Eli, Sarimah binti Buang, Siti binti Montil, Salmah Hussain dan Persila binti Ubin. Majlis penyerahan surat lantikan dan kad Penolong Pendaftar Pendaftar SPR telah disampaikan oleh Ketua PBB 65 Senadin, Kr Julaihi Haji Mohamad sewaktu majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Senadin. Galeri foto..http://senadin.fotopages.com/?entry=1941038&back=http://senadin.fotopages.com/?page=0


Tuesday, October 13, 2009

YB Haji Ahmad Lai Bujang

13 Oktober 2009: Ahli Parlimen P.218 Sibuti meluangkan masa melawat pejabat PBB N65 Senadin YB Haji Ahmad Lai Bujang, Ahli Parlimen P.218 Sibuti menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh Encik Ajis Sepin dan Puan Nila binti Simat

Sunday, October 11, 2009

"Jasamu Tetap Dikenang"

11 Oktober 2009: Seramai 15 orang ahli PBB N65 Senadin telah menerima PINGAT “JASAMU TETAP DIKENANG” yang berlangsung di Dynasty Hotel Miri. Pingat-pingat tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Amar Awang Tangah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Menteri Kemudahan Awam, Merangkap Naib Ketua Kanan PBB.

Tuan Haji Abdillah Haji Abdul Rahim, Mantan Ketua PBB N65 Senadin (Perak)

Encik Mohamad bin Sidi (Perak)

Rasiah binti Haji Ali (Gangsa)

Seramai 5 orang ahli telah menerima Pingat Perak. Mereka adalah terdiri daripada Tuan Haji Abdillah Hj Abdul Rahim (Mantan Ketua PBB N65 Senadin), Kr Julaihi Hj Mohamad (Ketua PBB N65 Senadin), Abdul Samat Haji Mohamed Ali (Timbalan Ketua PBB N65 Senadin), Mohd Chee bin Kadir (Setiausaha PBB N65 Senadin), Mohd bin Sidi (mantan AJK PBB N65 Senadin). Sementara 10 orang ahli telah menerima pingat gangsa; mendiang Rastin Mayah, Nila binti Simat, KK Usman bin Sulaiman, Cho Anak Nyalo, Haji Mailie bin Madon, Tahed bin Jara'ee, Fatimah binti Haji Talip, Hamdan bin Mot, Hj Marikan bin Bujang dan Rasiah Haji Ali. Rakaman peristiwa sila klik di sini... http://senadin.fotopages.com/?entry=1941027&back=http://senadin.fotopages.com/?page=0

Monday, October 5, 2009